Hudud: BN Sudah Capai Kata Sepakat - Wee

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 11:47 PM

Wee Ka Siong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional telah mencapai kata sepakat mengenai isu hudud, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wee ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata MCA sudah berbincang dengan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai isu tersebut.

"Dia (Tengku Adnan) sudah kata BN telah mencapai kata sepakat mengenai hudud," katanya.

Ketika ditanya jika kata sepakat itu menguntungkan MCA, beliau berkata ' sudah tentu.'

"Kata sepakat maksudnya sesiapa sahaja bersetuju mengenainya. MCA dan sesiapa sahaja perlu bersetuju dengan kata sepakat itu.

"Anda tunggu dan lihat," katanya ketika ditanya mengenai keputusan kata sepakat itu.

Beliau berkata perkara itu pernah dibangkitkan beberapa kali sambil menambah ini adalah kali terakhir ianya dibincangkan.

"Kami mencapai kata sepakat pada 23 September lalu. Ia semasa dalam mesyuarat Barisan Nasional," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.





Tags / Kata Kunci: hudud , MCA , BN , PAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan