Anifah Ketuai Delegasi Malaysia Ke ICFM Di Uzbekistan

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 7:27 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-43 Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (ICFM) di Uzbekistan bermula Selasa ini.

ICFM merupakan mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan kemajuan dalam pelaksanaan keputusan dan resolusi yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak dan mMesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar sebelumnya.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Isnin berkata, mesyuarat itu yang diadakan di Tashkent, bakal membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosiobudaya yang melibatkan ummah.

Anifah dijadualkan menyampai kenyataan negara pada ICFM, yang akan memberi tumpuan perbincangan kepada tema 'Education and Enlightenment- Path to Peace and Creativity'. (Pendidikan dan Pencerahan: Laluan MenujuKeamanan dan Kreativiti)

"Mesyuarat juga akan mengkaji dan meluluskan program, belanjawan dan laporan kewangan serta pentadbiran Sekretariat Agung OIC dan badan-badan subsidiari lain OIC," kata kenyataan itu.

Selain itu, Anifah dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa rakan sejawatannya bagi membincangkan isu-isu yang menjadi perhatian dan mempunyai kepentingan bersama.

Penyertaan Malaysia ke mesyuarat itu sekali lagi membuktikan komitmen dan sokongan berterusan negara kepada usaha OIC untuk memperkukuh ikatan perpaduan dan solidariti dalam kalangan negara anggota OIC. -Bernama

Tags / Kata Kunci: ICFM , Datuk Seri Anifah Aman

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan