Aktiviti Pembalakan Di HSK Balah Masih Ditangguhkan

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 11:58 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan PAS Kelantan belum menarik balik arahan penangguhan sementara semua aktiviti pembalakan yang dikuatkuasakan pada 3 Oktober lepas di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, di Gua Musang.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Zahari Ibrahim berkata dua syarikat yang diberi lesen pembalakan di bawah pemegang konsensi, Kumpulan Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK), masih menunggu arahan terbaru daripada kerajaan negeri.

"Setakat ini masih belum ada keputusan untuk membenarkan kerja-kerja pembalakan di kawasan HSK Balah itu disambung semula," katanya.

Pada 3 Oktober lepas, kerajaan negeri mengeluarkan arahan itu selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering di Gua Musang sejak 26 September lepas.

Kumpulan berkenaan menggesa semua aktiviti pembalakan di HKS Balah yang berhampiran dengan kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mereka mendakwa aktiviti itu merosakan alam sekitar dan kepupusan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahari berkata penduduk Orang Asli di kawasan itu bebas untuk memasuki kawasan HSK Balah manakala individu atau pihak lain wajib memohon permit untuk masuk ke situ.

Katanya, pihak yang ingkar dengan peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 47(e) Akta Perhutanan Negara 1948 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tiga tahun.

Beliau berkata anggota jabatannya membuat pemeriksaan di laluan masuk ke HSK tersebut sejak akhir bulan lepas, bagi memastikan pihak luar tidak menceroboh kawasan hutan tersebut tanpa permit.

"Kita tidak mahu pihak luar termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya mewakili Orang Asli sewenang-wenangnya memasuki HSK Balah dan mengelirukan penduduk dengan pelbagai dakyah sehingga mencetuskan kekacauan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan