Malaysia Menang Kejohanan Climbaton Antarabangsa Gunung Kinabalu Ke-29

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 2:56 PM

Sebahagian daripada peserta yang menyertai Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu hari ini. Seramai 109 peserta dari dalam dan luar negara menyertai larian itu, yang pertama kali diadakan selepas gempa bumi, dengan menggunakan laluan berbeza dan lebih mencabar.

(Ubah saiz teks)

KUNDASANG: Malaysia memenangi kategori Lelaki Elit kejohanan Climbaton Antarabangsa Gunung Kinabalu ke-29 selepas perlumbaan tahunan disambung semula selepas terhenti selama setahun.

Pendaki Sabah Safrey Sumping, 33, mencatat masa 2:21.33 saat mendahului rakan senegeri Wincentbert Latius, 22, yang menamatkan larian itu dengan catatan 2:22.58 saat.

Enam minit di belakang Wincentbert ialah John Kipkorir Rutto, 26, dari Kenya yang menduduki tempat ketiga.

Safrey berkata, dia berada di tempat ketiga di belakang Wincentbert dan Kipkorir Rutto apabila mendaki gunung setinggi 4,095 meter itu, tetapi berjaya mengatasi peserta lain sewaktu menuruni cerun.

Wincenter kecewa kerana tidak memenangi perlumbaan itu, namun dia gembira rakan senegeri berjaya memenangi pingat emas.Kipkorir Ruto berkata dia telah jatuh hanya lebih 2 km sebelum garisan penamat dan memutuskan untuk berehat selama dua minit sebelum meneruskan saingan.

Bagi kategori wanita Elit, Sandi Menchi Catlona Abahan, 26, dari Filipina  muncul juara dengan catatan masa 2:58.48s, manakala Viola Jepchirchir Kimeli, 26, dari Kenya berada di tempat kedua dengan catatan masa 3:11.42s.

Tahira Najmunisaa Muhammad, 27, dari Perak hanya kira-kira 11 minit di belakang Jepchirchir Kimeli untuk merangkul tempat ketiga.

Abahan berkata Jepchirchir Kimeli mendahului pada permulaan perlumbaan, tetapi peserta Filipina itu memintas pesaing dari Kenya apabila mendaki gunung.

Jepchirchir Kimeli berkata perlumbaan mendaki gunung itu memang sukar, tetapi mudah apabila menuruni cerun gunung itu.

Tahira Najmunisa berkata dia berasa bangga menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga memandangkan beliau baru sahaja pulang selepas mengambil bahagian dalam satu perlumbaan di Indonesia dan mempunyai sedikit masa untuk berehat.

Juara dalam kategori wanita kejohanan Asia Trail Master 2016 ini yang juga ibu kepada tiga anak ini merasakan trek perlumbaan ini adalah sukar kerana ia melibatkan kawasan beraltitud tinggi dengan cuaca yang sejuk.

Hadiah wang tunai untuk kedua-dua kategori ialah RM8,000 bagi juara, RM6,000 bagi naib johan dan RM4,000 untuk pemenang tempat ketiga. 

Siri ke-29 perlumbaan ini disambung semula dengan 121 peserta selepas ia dibatalkan tahun lalu akibat gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter pada 5 Jun.

Berikutan gempa bumi yang membawa maut, kejohanan itu dibatalkan untuk langkah-langkah keselamatan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan