Ku Nan Bidas Kumpulan Kasari Wartawan

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno tidak terlibat dengan sebarang kegiatan kumpulan anti-Bersih yang mengasari wartawan yang membuat liputan konvoi Bersih 5.0 pada Sabtu, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Kami tidak terlibat dengan mereka," kata Setiausaha Agung Umno menerusi mesej kepada The Star Online pada Ahad.

Beliau berkata, tiada ada pihak yang sepatutnya bertindak sendiri dan sepatutnya mematuhi undang-undang.

"Patuhi undang-undang. Kita bukannya ditadbir oleh undang-undang rimba.

"Saya harap polis dapat ambil tindakan terhadap pihak yang bertindak sendiri," katanya.

Tengku Adnan berkata, rakyat negara ini seharusnya menjalani kehidupan dengan semangat perpaduan dan kepelbagaian.

Dalam kejadian petang Sabtu di Kuala Selangor itu, wartawan The Star antara yang dikasari kumpulan anti-Bersih di depan sebuah pasaraya ketika membuat liputsan konvoi Bersih 5.0.

Wartawan berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Selangor.

Susulan itu, tiga penyokong anti-Bersih ditahan setakat ini.

Setakat ini, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dan bertindak terhadap beberapa suspek lain.

Kes berkenaan disiasata mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana jenayah mengugut.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan