Jurugambar Malaysiakini Dakwa Ditumbuk Anti-Bersih

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 5:31 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang jurugambar Malaysiakini mendakwa ditumbuk di bahagian bahu selepas mengambil gambar sekumpulan penyokong anti-Bersih di luar sebuah restoran di Kuala Selangor.

Jurugambar berkenaan, Lim Huey Teng, 30, membuat liputan mengenai siri konvoi Bersih 5.0 di Kuala Selangor pada Sabtu semasa insiden berlaku.

"Saya dan seorang lagi jurugambar dari akhbar berbahasa Cina berada dalam keadaan 'standby' kerana wartawan kami dengar kumpulan tersebut sedang menunggu di kawasan itu," kata Lim kepada The Star pada Ahad.

Katanya, mereka mula mengambil gambar semasa polis mencari sebuah kereta yang diletakkan dekat kawasan tersebut dan menemui satu bekas berisi telur di dalam but.

"Kami mula mengambil gambar semasa (kumpulan itu) sedang berunding dengan polis," katanya.

Jurugambar itu berkata, seorang lagi penyokong anti-Bersih menghalang mereka dan mengarahkan mereka supaya beredar serta-merta.

Katanya, sebaik beredar, salah seorang daripada anggota kumpulan itu mengejar mereka, menjerit dan menumbuknya di bahagian bahu.

"Polis kemudiannya menghalang anggota itu yang cuba untuk menumbuk jurugambar akhbar berbahasa Cina," katanya.

Tiga wartawan The Star turut dikasari oleh sekumpulan penyokong anti-Bersih di sebuah pasar raya besar di Kuala Selangor pada Sabtu semasa membuat liputan mengenai konvoi Bersih 5.0.

Kesemua mereka kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.

Tiga penyokong anti-Bersih ditahan berhubung kejadian itu.

Polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek lain.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan