Taufan Sarika: Gangguan Perjalanan Penerbangan AirAsia

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 9:22 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 penerbangan AirAsia ke Manila dan selatan China akan terjejas pada Ahad dan Isnin susulan Taufan Sarika.

AirAsia menerusi kenyataan pada Ahad berkata, penerbangan ke laluan berkenaan akan menghadapi pembatalan atau penjadualan semula.

Berikut adalah senarai penerbangan yang terjejas:



Penumpang yang terjejas dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan masing-masing di laman web syarikat penerbangan itu sebelum ke lapangan terbang.

AirAsia berkata mereka sedang memantau potensi kesan ribut dan akan terus mengemas kini maklumat kepada pelanggan jika berlaku perubahan melalui e-mel dan SMS.
Tags / Kata Kunci: AirAsia , Taufan Sarika

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan