Bersama Perangi Pemangsa Seksual Kanak-Kanak

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 11:02 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penggubal undang-undang dan kumpulan selebriti tampil memberi sokongan padu kepada kempen #MPsAgainstPredators - inisiatif terkini R.AGE untuk memerangi trend membimbangkan iaitu asuhan (grooming) seksual kanak-kanak di Malaysia.

Menerusi laman web kempen berkenaan (predator.my) yang dilancarkan pada Jumaat lalu, ia membolehkan rakyat Malaysia menghantar mesej kepada Ahli Parlimen masing-masing.

Orang ramai boleh memberi gesaan supaya satu undang-undang baharu digubal bagi menangani jenayah seksual kanak-kanak apabila Dewan Rakyat bermesyuarat mulai esok.

Laman web ini juga mengandungi peta interaktif semua kawasan Ahli Parlimen.

Ia akan bertukar daripada warna kelabu kepada hijau apabila Ahli Parlimen bagi kawasan berkenaan memberi sokongan terbuka kepada inisiatif ini melalui posting di media sosial yang mengandungi hashtag "#MPsAgainstPredators".

Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin adalah antara yang pertama menyokong kempen undang-undang anti asuhan (grooming) seksual kanak-kanak.

Gambar Khairy sambil memegang plakad "Malaysian Needs Anti-Grooming Laws" yang dimuat naik di Twitter telah di retweets lebih 1,000 kali dalam masa kurang daripada satu hari.

Posting berkenaan turut dilakukan Ahli Parlimen Batang Sadong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P. Kamalanathan.

Antara Ahli Parlimen lain yang telah menyatakan sokongan mereka termasuk Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Kasthuri Patto (Batu Kawan) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

"Saya teruja untuk melihat pasukan muda di R.AGE menyatakan pendirian terhadap penderaan seksual kanak-kanak.

"Kerajaan telah bertindak dengan menubuhkan pasukan petugas khas menangani jenayah seksual yang dengan segera menggubal dasar dan undang-undang baharu untuk melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual.

"Saya harap semua Ahli Parlimen akan menyokong (usul) ketika ia dibentangkan di Parlimen," kata Dr Wee.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan