Fenomena Air Pasang Besar: Bekalan Ikan Di Pasaran Mencukupi - Tajuddin

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 4:16 PM

Ombak yang kuat jelas kelihatan di tepi pantai Teluk Bahang apabila fenomena air pasang besar berlaku ketika tinjauan fotoBERNAMA, Ahad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan ikan mencukupi bagi menampung permintaan pasaran walaupun berlaku fenomena air pasang besar di negeri pantai barat Semenanjung ketika ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bekalan ikan mencukupi dengan adanya program akuakultur yang dapat mengimbangi pengeluaran ikan di negara ini apabila berlakunya fenomena cuaca sehingga menjejaskan pengeluaran ikan di negara.

Beliau berkata pihaknya juga telah menyemak semula dasar perikanan negara supaya 50 peratus daripada keseluruhan bekalan ikan negara disumbangkan oleh sumber yang diternak di kolam dan sungai.

"Kita tidak mahu bergantung kepada ikan dari tangkapan laut sahaja. Kalau musim tengkujuh, sudah pasti tangkapan ikan akan berkurangan kerana nelayan tidak ke laut. Kita sedar hal ini.

"Sebab itu kita mahu tingkatkan bekalan daripada sumber ternakan di dalam sangkar, sungai, kolam dan paya supaya bekalan ikan ada sepanjang masa," katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen Pertanian ke-6 di sini, Ahad.

Seramai 1,181 graduan Institusi Latihan Pertanian berjaya menamatkan pengajian yang terdiri daripada 157 graduan Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia (645), Sijil Pertanian Malaysia (349) dan Sijil Veterinar Malaysia (30).

Menurut Tajuddin, pada masa ini, pengeluaran ikan ternakan akuakultur adalah melebihi 20 peratus dan akan ditingkatkan kepada 50 peratus menjelang 2020.

"Selain itu, kita juga akan mengambil bekalan ikan dari kawasan yang tidak terjejas dengan fenomena air pasang. Itulah kebiasaan dibuat dan akan berlaku sedikit perbezaan harga. Tetapi keadaan itu tidak berpanjangan," terangnya.

Terdahulu, Tajuddin dalam ucapan perasmiannya, menggesa graduan bidang pertanian agar mempertajamkan 'deria' komersial serta nilai keusahawanan agar menjadi usahawan tani berjaya yang mampu menyumbang kepada sektor agromakanan negara.

"Pada masa ini, ramai anak muda kurang berminat menceburi bidang pertanian kerana bimbang tidak memperoleh pulangan yang baik. 

"Tanggapan itu salah kerana bidang pertanian dan bio-teknologi di negara ini kini berkembang pesat dengan penghasilan pelbagai teknologi baru yang canggih," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan