Umno Selesai Kemuka Bantahan Persempadanan Semula

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2016 12:33 PM

Tengku Adnan bersama pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016, Azizul Hasni Awang (kiri) semasa melepaskan Kayuhan Komuniti Putrajaya di Presint 11 pada Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Umno telah selesai mengemukakan bantahan berhubung kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya tempoh bantahan yang berakhir semalam selesai dilakukan melalui pihak Umno Negeri dan bantahan 100 pengundi berdaftar dalam setiap satu kawasan tertentu.

"Bantahan boleh dibuat melalui tiga cara iaitu melalui negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga 100 pengundi di sesuatu kawasan maka Umno telah menyuarakan bantahan tersebut melalui saluran undang-undang yang disediakan," katanya kepada media selepas merasmikan program Putrajaya Community Ride di sini, Sabtu.

"Semua Umno Negeri telah mengemukakan bantahan manakala di negeri yang diperintah pembangkang seperti Selangor, kita mengumpulkan bantahan melalui 100 pengundi berdaftar di sesuatu kawasan," katanya.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 Sept.

Sebelum ini, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

SPR mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 September hingga 14 Oktober (Jumaat).

Tags / Kata Kunci: Umno , SPR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan