KKM Beri Jaminan Siasat Dakwaan Kecuaian Kakitangan Hospital

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2016 3:22 PM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kes kematian seorang pesakit diabetik, Hapipah Md Taha yang didakwa berpunca daripada kecuaian kakitangan perubatan Hospital Putrajaya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata siasatan berhubung kejadian yang berlaku September tahun lepas itu masih dijalankan dan dijangka selesai sepenuhnya dalam masa terdekat.

Katanya pihaknya juga berjanji akan mendedahkan hasil siasatan secara telus dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas kakitangannya yang cuai atau bersalah dalam kejadian berkenaan.

"Kita tidak tahu keadaan sebenar yang berlaku tetapi Kementerian Kesihatan telah membuat siasatan secara terperinci dari segala segi dan ia (siasatan) juga membabitkan pelbagai pihak. Setakat ini, belum ada keputusan muktamad lagi kerana ia masih disiasat serta mengambil sedikit masa lagi (untuk siap).

"Saya minta mereka (keluarga) bersabar dan jangan bimbang kerana Kementerian (Kesihatan) tidak akan sembunyi apa-apa berhubung siasatan kes itu dan jika kesalahan itu di pihak kami, kita akan mengaku serta mengambil tindakan. Kami bersikap terbuka dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi dan Bilik Pembelajaran Maya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri, di sini pada Sabtu.

Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mahu Kementerian Kesihatan memberi penjelasan terperinci berhubung kes kematian Hapipah yang didakwa berpunca daripada kecuaian Hospital Putrajaya.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku dan Kementerian Kesihatan harus melakukan sesuatu bagi mengelak situasi sama berulang pada masa hadapan.

Suami Hapipah, Abdul Razak Bachik dilaporkan berkata pihaknya turut menggesa Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan terperinci berhubung rawatan yang diberikan kepada Allahyarham kerana keluarganya kesal serta dukacita dengan kejadian itu ekoran isterinya dihantar ke Hospital Putrajaya dalam keadaan baik dan boleh berjalan.

Katanya Hapipah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya awal September 2015 akibat kencing tidak lawas tetapi suntikan dipercayai 'anti-cocktail' yang diberikan semasa rawatan di Zon Kuning itu didakwa menjadi punca yang menyebabkan kemerosotan kesihatan Hapipah sehingga meninggal dunia pada 29 Disember 2015. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan