'Friends Of KPDNKK' Bakal Didaftar Sebagai Pertubuhan - Hamzah

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2016 6:44 PM

Hamzah beramah mesra dengan peserta Pesta Rakit sempena Program Usahawan dan Festival Rakit Larut di Kampung Sungai Bayor, Selama pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

LARUT: Rakan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu 'Friends of KPDNKK' akan didaftarkan sebagai satu pertubuhan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pendaftaran tersebut merupakan antara usaha memastikan kumpulan sukarelawan itu dapat menjalankan fungsi dan peranan dengan lebih berkesan termasuk dalam pemantauan harga barangan. 

"Langkah itu bertujuan menjadikan fungsi 'Friends of KPDNKK' lebih menyeluruh sekaligus mempunyai kuasa untuk menjalankan beberapa tugasan dalam membantu kementerian.

"Mereka ini menjadi duta serta mata dan telinga kementerian kerana kementerian ini mempunyai banyak akta yang perlu dikawal selia," katanya.

Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Peluang Perniagaan Pra Francais (Bit) sempena Pesta Rakit Larut 2016 dan pelancaran Pasaraya Komuniti VBiz.my di sini, Sabtu.

Menurut Hamzah, ketika ini kementerian itu mempunyai kira-kira 2,500 orang penguat kuasa dan jumlah berkenaan masih belum mencukupi bagi mengawal selia pelbagai akta yang berada di bawah kementerian. 

Sehubungan itu, sukarelawan 'Friends of KPDNKK' sangat diperlukan bukan sahaja membantu dari segi penguatkuasaan akta, tetapi menangkis pelbagai viral-viral palsu membabitkan kementerian, kata Hamzah.

Menyentuh mengenai Pesta Rakit Larut 2016, Hamzah berkata ia mampu membantu merapatkan hubungan selain meningkatkan ekonomi penduduk setempat yang mengambil kesempatan menjual pelbagai barangan. 

Tambahnya, pesta kali kelima itu mendapat sambutan amat menggalakkan apabila 80 rakit termasuk dari luar Larut mengambil bahagian berbanding hanya 30 pada tahun pertama penganjuran. 

"Kita akan meneruskan pesta ini kerana ia memberikan semangat bertanggungjawab dan kerjasama dalam kalangan masyarakat," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan