UiTM Ubah Landskap Sosioekonomi Negara

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 12:45 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kewujudan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya mengubah landskap sosioekonomi negara khususnya nasib masyarakat Melayu dan bumiputera.

Beliau berkata penubuhan institusi itu sejak 60 tahun lepas juga memberi kesan besar dalam empat objektif penubuhan sebuah universiti iaitu akses kepada pendidikan, akses kepada pendidikan berkualiti, mobiliti sosial dan keadilan sosial.

"Akses kepada pendidikan merupakan antara kayu pengukur bagi sebuah negara maju dan UiTM beri sumbangan besar dalam aspek itu dengan 661,456 graduan telah berjaya dilahirkan institusi keramat ini," katanya ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 UiTM di sini Jumaat.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri dan Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Hassan Said.

Najib berkata dari segi pendidikan berkualiti, UiTM merupakan antara penyumbang tertinggi dari segi kebolehpasaran graduan.

"Saya juga telah lawat banyak negara dan Malaysia merupakan antara negara terbaik di dunia dari segi mobiliti sosial.

"UiTM turut menyumbang kepada mobiliti sosial dan keadilan sosial negara yang menyaksikan nasib masyarakat terutama golongan Melayu dan Bumiputera kini mampu keluar daripada kemiskinan selain membina masyarakat yang adil tanpa mengira bangsa," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: UiTM , Najib Tun Razak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan