Sultan Muhammad V Dipilih YDP Agong Ke-15 - Berita Semasa | mStar

Sultan Muhammad V Dipilih YDP Agong Ke-15

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 2:31 PM

Sultan Muhammad V dipilih sebagai YDP Agong Ke-15 pada mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara di sini, Jumaat.

Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Sultan Kelantan , Agong

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan