Sultan Johor Tolak Tawaran Jadi Agong - Berita Semasa | mStar

Sultan Johor Tolak Tawaran Jadi Agong

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 2:00 PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kiri) bersalaman dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (kanan) selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-243 (Khas) di Istana Negara, Jumaat. Turut berangkat Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Johor telah menolak tawaran untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15 pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung di ibu negara, Jumaat.

Menurut kenyataan di Facebook Johor Southern Tiger, tindakan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu dibuat bagi  memberi laluan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Ini adalah kerana DYMM Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor,” menurut kenyataan itu.

Mesyuarat khas yang diadakan itu bagi memilih Yang di-Pertuan Agong yang baharu kerana jawatan yang disandang Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selama lima tahun bakal tamat 12 Disember ini.

Sultan Kedah menempa sejarah apabila dua kali baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.


Tags / Kata Kunci: Sultan Johor , Agong , Majlis Raja-Raja
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan