Fenomena Air Pasang Di 10 Tempat Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 6:17 PM

Anggota APM membuat persiapan awal untuk menghadapi fenomena air pasang besar sekiranya berlaku di Pulau Pinang di pejabat APM Barat Daya, Bayan Lepas pada 14 Oktober 2016. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebanyak 10 kawasan di negeri ini dijangka mengalami banjir kilat berikutan fenomena air pasang besar mulai Jumaat hingga 19 Oktober.

Berikutan itu, penduduk di kawasan terlibat terutama di persisir pantai diingatkan supaya lebih berwaspada dan bersedia untuk dipindahkan berikutan paras air laut dijangka mencecah sehingga tiga meter di beberapa tempat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, Pang Ah Lek berkata kawasan yang dikenal pasti ialah Batu Feringghi; Tanjung Bungah; Teluk  Bahang; Teluk Kumbar; Balik Pulau; Penaga; Pantai Bersih; Teluk Air Tawar; Pulau Aman; dan Sungai Udang.

"Jika berlaku ribut petir dan angin kencang sekitar pesisir pantai pada tempoh itu, kawasan-kawasan berkenaan akan ditenggelami air," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

Beliau berkata jangkaan bacaan di kawasan persisir pantai di bahagian pulau ialah antara 2.6 meter hingga tiga meter manakala di seberang antara 2.5 meter hingga 2.9 meter.

Paras air pasang paling tinggi iaitu tiga meter di bahagian pulau dijangka pada pukul 1.11 pagi Isnin; 1.47 pagi Selasa; dan 2.24 pagi Rabu manakala di seberang, paras air pasang tertinggi ialah 2.9 meter diramal pada pukul 2.25 pagi Selasa.

"Anggota APM akan membuat rondaan di kawasan terlibat sepanjang tempoh itu.

Kami juga membuat pemantauan awal dengan menasihatkan orang ramai di kawasan terlibat menyimpan barangan mereka di tempat selamat," katanya sambil memberitahu bahawa sejumlah 114 pusat pemindahan disediakan.

Pang berkata APM telah membuat persediaan logistik dengan menyediakan 24 kenderaan dan 18 bot untuk menghadapi fenomena air pasang besar itu dengan 1,020 anggota diletakkan dalam keadaan bersiap siaga.

Beliau berkata pihaknya turut membuka Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) dan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) 24 jam sehari bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan orang ramai boleh menghubungi APM di talian 04-2289012 atau  04-2263876.

Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, Mohd Azhar Musa, 50, berkata beliau telah membuat persiapan awal bagi menghadapi fenomena air pasang besar dengan mengemas barang-barang dan meletakkannya di tingkat atas kediamannya.

Beliau berkata rumahnya yang terletak tidak jauh dari laut itu dimasuki air semasa fenomena air pasang bulan lepas menyebabkan banyak barang-barang miliknya rosak.

"Kami telah dimaklumkan akan berlaku air pasang besar...kalau keadaan teruk saya bersama isteri dan empat anak akan berpindah ke pusat pemindahan sementara," kata nelayan itu.

Ahmad Hussain Ahmad Jamal, 48, pula berkata kebanyakan nelayan di kawasan Teluk Kumbar tidak turun ke laut sejak petang semalam ekoran hujan lebat dan angin kuat serta bimbang fenomena air pasang besar itu menyebabkan ombak kuat dan tinggi.

"Kami bimbang bot-bot dipukul ombak kuat. Lagipun saya takut rumah naik air, kesian dekat isteri dan anak-anak nanti...jadi lebih baik kemas rumah dan simpan barang-barang di tempat selamat sekarang ini," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Air Pasang , Pulau Pinang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan