Treler Dialihkan, NKVE Masih Sesak - Berita Semasa | mStar

Treler Dialihkan, NKVE Masih Sesak

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah treler terbalik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) telah dialihkan namun kerja-kerja pembersihan tangki gas dan serpihan kemalangan masih dijalankan, demikian lapor Star Media Radio Traffic.

"Lori yang terbalik di KM19.7 dari Damansara-Kota Damansara masih dalam proses untuk dibersihkan dan menghalang laluan kecemasan.

"Ia menyebabkan aliran trafik merangkak sejauh 10km dari Shah Alam," katanya dalam satu postis di Facebook.

Menurut Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Sani Harul, kejadian itu berlaku di KM19.7 menuju ke Jalan Duta di mana sebuah lori yang membawa gas ammonia kanister merempuh belakang sebuah kereta.

Mohd Sani berkata tiada kemalangan jiwa dalam kemalangan ini Selain pemandu lori yang mengalami kecederaan ringan.

Tags / Kata Kunci: Treler , NKVE
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan