Sungai Kerayong Berbuih, Busuk Akibat Dicemari Sisa Industri

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 5:02 PM

Buih kotor memenuhi Sungai Kerayong di Taman Maju Jaya didakwa akibat pembuangan sisa perindustrian berdekatan.

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Meloyakan. Itulah gambaran ringkas keadaan Sungai Kerayong di Taman Maju Jaya dekat sini akibat pencemaran yang didakwa berlaku sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Tinjauan mStar Online mendapati, sungai itu dipenuhi buih kotor yang seterusnya menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

Ia dikatakan akibat tindakan pembuangan sisa dari kawasan perindustiran berdekatan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai yang bimbang dan prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk berdekatan mengambil inisiatif mengetengahkan isu berkenaan.

Walaupun tidak melibatkan persatuan yang diterajuinya, Ah Chai berharap pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera menangani masalah itu.

“Sebelum ini, keadaan buih tidaklah seteruk mana, tetapi semakin hari, semakin banyak. Setiap hari, kebiasaannya pada pukul 7 pagi sungai itu akan dipenuhi dengan buih, dan ia akan mula hilang sekitar pukul 11 pagi.

“Tambahan pula, bukan sahaja disebabkan bahan kimia, malahan sampah sarap dan minyak juga dibuang ke sini hingga menghasilkan bau yang kurang menyenangkan,” jelasnya pada sidang media kepada wakil media, Khamis.

Bagaimanapun, beliau yang mengesan pencemaran itu kerana kerap melakukan rondaan di situ mempersoalan tindakan sesetengah pihak yang menjalankan aktiviti menjala atau menangkap ikan di kawasan sama.

“Jika ada yang menjala ikan, hasil tangkapan itu ia akan jual di pasar. Ia lebih mudah kerana tidak perlu bersusah payah pergi jauh untuk menangkap ikan.

"Tetapi apa yang merisaukan adalah tahap kebersihan hasil tangkapan itu,” katanya.

Tambahnya, penduduk hanya mampu mengemukakan masalah, selain mengharapkan pihak berkuasa mengambil sebarang tindakan.

“MPAJ mesti sudah tahu kilang mana yang lakukan kesalahan ini kerana semua kilang berdaftar di bawahnya. Dengan itu, kami mohon supaya  pihak MPAJ mengambil tindakan sewajarnya untuk manfaat penduduk di situ,” ujarnya.

 



iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan