"Negara Diancam Dua Individu"

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 7:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka melahirkan kebimbangan mengenai ancaman dua individu masing-masing melibatkan ketua pembangkang dan pemimpin veteran terhadap perpaduan negara.

Menurut rakaman audio yang disiarkan najibrazak.com, Perdana Menteri menyimpulkan usaha bagi menggugat keharmonian kaum di negara telah wujud dalam dua fasa.

Malah beliau yakin, kumpulan membabitkan dua individu itu turut merancang menggugat perpaduan negara melalui fasa ketiga.

"Fasa pertama pada 2008, di mana ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman. Beliau mula mencabar Perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dan menggunakan ia sebagai isu politik untuk meraih undi.

"Sebelum ini tidak ada pun pertikaian pada Perlembagaan dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni.

"Kesannya, selepas Pilihan Raya Umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum," katanya.

Selain itu menurut Najib, perpecahan kaum di Malaysia melalui fasa kedua bermula tahun ini.

"Fasa kedua mula pada tahun 2016 pula apabila seorang pemimpin lama mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk sebuah lagi parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah kepada lima," katanya.


BERIKUT TRANSKRIP PENUH RAKAMAN AUDIO PERDANA MENTERI

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Perpaduan adalah amat penting bagi membentuk sebuah negara yang harmoni. Namun, tidak boleh dinafikan sejak akhir-akhir ini, perpaduan negara kita sering diancam oleh dua individu.

Kita dapat lihat ancaman pada perpaduan ini terjadi dalam dua fasa. Fasa pertama pada tahun 2008 di mana ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman.

Beliau mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dan menggunakan ia sebagai satu isu politik untuk meraih undi.

Sebelum ini, tidak ada pun pertikaian pada perlembagaan dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni.

Kesannya, selepas pilihan raya umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum.

Fasa kedua mula pada tahun 2016 pula apabila seorang pemimpin lama mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk sebuah lagi parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah kepada lima.

Perpaduan bangsa yang longgar ditambah dengan desakan pembangkang melalui perhimpunannya yang berselindung di sebalik imej “bipartisan” dan “multiracial” memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah.

Parti yang mentadbir Pulau Pinang, yang sudah didakwa mengamalkan rasuah, tidak diendahkannya.

Lagi menyedihkan lagi, pemimpin lama tersebut sanggup dipergunakan oleh perhimpunan untuk memecahbelahkan rakyat, menuduh kerajaan perkara yang sama beliau dituduh dahulu.

Kedua-dua pemimpin perpecahan fasa satu dan kedua kini dilihat sudah bersalaman. Kita sudah boleh anggap apa yang mereka akan lakukan kepada negara seterusnya untuk fasa ketiga.

Kerana itulah agenda 1Malaysia wajib diteruskan.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh."

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan