Zahid: M'sia Kongsi Pengalaman Dengan Arab Saudi Laksana Program Deradikalisasi

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 8:49 AM

Ahmad Zahid bersalaman bersama Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Ahmed Mohammad Al Salim ketika tiba untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada Rabu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

RIYADH: Malaysia sedia berkongsi pengalaman dan mencontohi Arab Saudi berkaitan pelaksanaan program deradikalisasi dalam usaha memerangi keganasan serta proses pemulihan terhadap golongan ekstremis, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Timbalan perdana menteri berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan lebih terperinci dengan pihak berkaitan di negara itu, bersempena lawatan rasminya ke negara berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Malaysia boleh memanfaatkan pengalaman Arab Saudi dalam melaksanakan program deradikalisasi berikutan kedudukan negara itu berhampiran dengan negara-negara yang sering dikaitkan dengan keganasan dan militan.

"Saya akan belajar dan berkongsi pengalaman dalam soal program deradikalisasi terhadap masalah keganasan dalam kalangan negara-negara sumber dan negara-negara di Asia Barat (yang sering dikaitkan dengan keganasan dan militan).

"Pengalaman Malaysia boleh dikongsi, dan kita juga mungkin mendapatkan pengalaman (daripada Arab Saudi) bagaimana soal pemulihan dapat dilakukan dalam program deradikalisasi. 

"Insya-Allah saya akan berbincang dengan lebih mendalam dengan pihak berwajib di negara ini," katanya kepada wartawan Malaysia sebaik tiba di sini, Rabu malam, bagi lawatan rasmi lima hari di Arab Saudi.

Timbalan perdana menteri dijadual melawat Pusat Kaunseling dan Penjagaan Mohammad Bin Naif di sini, Khamis.

Ahmad Zahid dijangka diberi taklimat berhubung inisiatif Arab Saudi dalam memerangi keganasan dan program deradikalisasi bagi golongan ekstremis semasa melawat pusat berkenaan. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan