"Tindakan Saya Tidak Mewakili Umno" - Jamal

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 9:43 PM

Jamal Yunos.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos berkata tindakannya tidak mewakili Umno.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar memberitahu The Star Online pada Rabu bahawa beliau bertindak atas kapasitinya sebagai Presiden Gabungan NGO Malaysia.

"Dari awal lagi saya sentiasa tekankan perkara ini. Pernah anda dengar saya berkata apa sahaja yang saya lakukan atas kapasiti sebagai pemimpin Umno? Tidak pernah.

"Saya sentiasa melakukannya sebagai Presiden Gabungan NGO Malaysia dan dalam kes ini, saya mewakili Gerakan Merah Malaysia," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun kebanyakan penyokongnya merupakan ahli Umno.

"Namun penyokong itu (ahli Umno) merupakan sebahagian daripada gabungan NGO dan organisasi ini ditubuhkan oleh mereka. Mereka terdiri daripada ahli perniagaan, persatuan penduduk, kelab bermotor dan ramai lagi.

"Maksud saya adalah apa sahaja yang saya lakukan tidak dilakukan sebagai ahli Umno apabila ia melibatkan aktiviti Baju Merah. Saya bertanggungjawab sebagai presiden gabungan tersebut," katanya.

Jamal yang kini berada di luar negara bersetuju dengan Ketua Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakannya tidak mewakili suara parti itu.

"Jika saya mewakili Umno, Majlis Tertinggi akan membincangkannya dan memberi saya mandat. Namun ia tidak pernah berlaku, mereka tidak pernah berbincang mengenainya," kata Jamal.

Mengenai kenyataan Nazri bahawa Jamal perlu disiasat di bawah Akta Hasutan, beliau mengalu-alukan cadangan tersebut.

"Semua penipuan dan akaun palsu perlu disiasat dan saya percaya ini paling berkesan dalam menjejaki pesalah laku dan membersihkan nama saya.

"Ia satu cadangan yang bernas oleh seorang pemimpin yang berkaliber dan berpengalaman. Saya akan melakukan yang terbaik untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam apa jua sekali pun selepas kembali ke tanah air," katanya.


Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos , Gerakan Baju Merah

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan