Nasib Golongan Austisme Terus Dibela

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 6:21 PM

Sebahagian guru dan penjaga yang menghadiri bengkel khas untuk mengetahui cara mengendalikan kanak-kanak autisme anjuran Rotary Malaysia District 3300 di Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2016.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha membela nasib kanak-kanak austisme terus mendapat perhatian umum apabila pertubuhan kebajikan tempatan, Rotary Malaysia District 3300 menganjurkan bengkel khas secara percuma bagi memberi pendedahan kepada guru dan penjaga untuk mengendalikan golongan istimewa itu.

Pengerusi Projek Autisme pertubuhan itu, Susan Tu berkata, menerusi program tersebut, golongan guru dan penjaga didedahkan dengan kemahiran untuk mengesan tanda-tanda autisme dalam kalangan kanak-kanak.

Selain itu jelasnya, mereka juga diajar cara untuk melaksanakan langkah-langkah pengurusan awal terhadap kanak-kanak autisme.

Tambah beliau, langkah awal tersebut sangat penting kerana semua lapisan masyarakat golongan perlu mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan autisme terutamanya ibu bapa dan guru.

"Golongan autisme perlu merasai suasana mesra di dalam kelas dan guru serta penjaga juga wajar memiliki pengetahuan untuk mengendalikan kelakuan golongan istimewa ini.

“Kita perlu melatih golongan guru dan penjaga kerana mereka mampu boleh membawa perubahan kepada kanak-kanak autisme ke arah yang lebih positif.

"Tidak seperti penyakit lain, autisme tidak mempunyai punca yang jelas kerana ia mungkin berpunca daripada faktor genetik, persekitaran dan lain-lain," katanya.

Seramai 120 guru dan penjaga terlibat dalam bengkel fasa pertama "Latihan Pengurusan Awal Bagi Guru dan Penjaga Terhadap  Kanak-Kanak Austime" yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 Oktober sehingga 12 Oktober.

Pada fasa kedua, seramai 30 guru dan penjaga akan terpilih untuk mengikuti bengkel seterusnya yang diadakan di Universiti HELP pada Februari tahun depan.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) dan mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berdasarkan data Pusat Pengendalian Dan Pencegahan Penyakit (CDC), nisbah kanak-kanak yang dikesan menghidap autisme adalah satu daripada setiap 68 kelahiran di seluruh dunia dan angka ini dijangka terus meningkat.

 

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan