PT3 Ditangguh Akibat Makmal Terbakar

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 3:56 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman di sini ditangguh kira-kira 40 minit susulan sebuah makmal komputer terbakar pagi Rabu.

Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail berkata ia ditangguhkaan atas nasihat pihak bomba dan penyelamat.

Beliau kebakaran berlaku ketika 208 pelajar sedang menduduki peperiksaan Pendidikan Islam di dewan sekolah yang terletak kira-kira 100 meter dari makmal tersebut pada pukul 11.55 pagi.

"Namun peperiksaan yang ditangguhkan sekitar jam 12.20 tengah hari disambung semula kira-kira 1 tengah hari," katanya di lokasi kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Mohd Fadzil Haroon berkata  kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas yang turut memusnahkan sebuah bilik masakan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PT3

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan