Persembahan Aerobatik The Red Arrows Jumaat Ini - Berita Semasa | mStar

Persembahan Aerobatik The Red Arrows Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: The Red Arrows, pasukan aerobatik terkenal dari Tentera Udara Diraja British akan meneruskan persembahan mereka di Malaysia seperti yang dijadualkan.

Suruhanjaya Tinggi British memaklumkan kepada The Star pada Rabu bahawa pasukan itu akan tiba pada petang Khamis walaupun cuaca buruk menjejaskan penerbangan mereka ke Malaysia.

Persembahan aerobatik The Red Arrows di Singapura ditangguhkan ke Sabtu ini kerana keadaan cuaca tidak menentu di rantau Asia Selatan itu.

Ia sepatutnya diadakan pada Khamis.

Pasukan itu akan tiba di lapangan terbang Subang pada Khamis dengan Malaysia menjadi salah satu daripada 20 negara di Timur Tengah dan Asia Pasifik sempena festival Jelajah Great Britain ke seluruh dunia.

The Red Arrows akan melakukan penerbangan lintas hormat melalui KLCC kira-kira pukul 3.45 petang Jumaat ini.

Pada 17 Oktober, juruterbangnya akan menyajikan penonton di Kolej Epsom (ECiM) dengan persembahan aerobatik menakjubkan seperti 'Wall' dan 'Tarnado' selama 24 minit yang dijadualkan kira-kira pukul 2 petang.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan