Penjawat Awam Malaysia Beruntung - Dr Hilmi

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Penjawat awam sangat beruntung kerana kerajaan amat prihatin menjaga kebajikan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata kakitangan perkhidmatan awam dibayar gaji tinggi, pembayaran gaji tepat pada masanya serta pelbagai elaun dan insentif di samping mendapat kenaikan pangkat dan pencen selepas bersara daripada perkhidmatan.

Katanya,penjawat awam seharusnya merasa diri mereka beruntung berbanding mereka yang bekerja dalam sektor swasta yang tidak begitu terjamin masa depan mereka.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyediakan program post graduate untuk memberi peluang kakitangan yang berminat untuk menyambungkan pelajaran mereka.

Dr Hilmi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Zon Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini, Rabu.

Seramai 925 graduan dari empat institusi menerima diploma dan sijil dalam pelbagai bidang kursus.

Dr Hilmi turut berpesan kepada semua penjawat awam di bawah Kementerian Kesihatan supaya terus meningkatkan kecemerlangan mereka.

Kita mahu terus mengekalkan perkhidmatan kesihatan kita yang sudah diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia, tambah beliau.

Beliau juga mengingatkan anggota penjawat awam di bawah Kementerian Kesihatan supaya mengelak daripada melibatkan diri dengan gejala negatif media sosial.

Menurut Dr Hilmi, kebanyakan bahan yang disebarkan oleh media sosial adalah berita atau maklumat palsu kerana faktanya tidak disahkan berbanding berita yang disiarkan oleh media perdana yang terlebih dahulu mengesahkan faktanya sebelum ia disiarkan.

Sebagai anggota kerajaan jangan kita menjadi ejen kepada penyebaran fitnah, malah sebagai umat Islam ia adalah satu dosa. Jangan kita melakukan dosa setiap hari, lebih baik anda menumpu kepada kerjaya serta meningkatkan prestasi kerja kita untuk mencapai kecemerlangan, katanya.

Beliau meminta supaya semua penjawat awam sentiasa menjaga profesion dan nama baik kerajaan.

Jalankan tugas anda dengan baik dan dengan penuh berdedikasi untuk manfaat rakyat, tambah beliau.

Tags / Kata Kunci: Penjawat Awam , Dr Hilmi Yahaya

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan