Pahang, Selangor Sedia Bincang Atasi Isu Pencemaran Sungai

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang sedia berbincang dengan kerajaan Selangor mengenai dakwaan pencemaran air Sungai Semantan di Bentong hingga menyebabkan penutupan loji rawatan air Langat dan Cheras.

Pengarahnya Rosli Zul berkata perbincangan itu perlu untuk mendapatkan maklumat daripada pihak terlibat seperti Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menjalankan siasatan berdasarkan maklumat pihak terlibat namun, input itu tidak sesuai untuk terus dijadikan kesimpulan punca pencemaran itu kerana adanya percanggahan pendapat.

"Matlamat kami adalah untuk bekerjasama. Berdasarkan maklumat dan data JAS Pahang, Sungai Semantan tidak tercemar...saya mengalu-alukan usaha Selangor untuk terus memberikan maklumat dan bukti konkrit kepada kita," katanya.

Rosli berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Seminar Pemerkasaan Pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Dialog Hala Tuju Pengurusan Alam Sekitar Melalui Pematuhan Kendiri di sini, Rabu.

Perbincangan itu juga pendekatan terbaik untuk menambah baik perkara berkaitan isu air yang melibatkan masyarakat, katanya.

Beliau juga menjelaskan pemantauan menunjukkan Sungai Semantan bukan penyebab pencemaran itu kerana loji rawatan air itu ditutup lebih awal daripada tempoh pencemaran bau yang direkodkan di Sungai Semantan.

"Pemantauan juga dilakukan secara berterusan di tiga stesen pemantauan yang diwujudkan di sepanjang Sungai Semantan.

"Air Sungai Semantan juga disalurkan ke loji air Mempateh dan setakat ini, tiada pencemaran bau dilaporkan atau adanya aduan penduduk mengenai pencemaran bau...sumber air adalah sama," katanya.

Pada Isnin lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Elizabeth Wong mendakwa SPAN dan Air Selangor mengenal pasti punca pencemaran itu di Sungai Semantan, Bentong.

Siasatan pasukan Air Selangor mendapati pencemaran berlaku sejak Jumaat lepas dipercayai daripada kumbahan sebuah kilang dan bau busuk sama dikesan di portal keluar Sungai Serai dan muka sauk Sungai Langat, katanya. 

Bagaimanapun, Rosli dalam kenyataannya menafikan dakwaan itu kerana rekod menunjukkan sedikit pencemaran bau berlaku pada 9.45 malam Jumaat lepas sedangkan pencemaran di loji rawatan itu direkodkan pada 7 malam hari yang sama.

"Ini ditambah dengan fakta bahawa proses pemindahan air mentah dari loji Semantan ke loji rawatan berkenaan mengambil masa selama 12 jam," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pahang , Selangor , Pencemaran Sungai

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan