PAC Akan Bentang 10 Laporan Di Dewan Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 5:51 PM

Hasan Arifin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan membentangkan 10 laporan di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas 2016 termasuk isu penyelewengan dan penyeludupan diesel bersubsidi membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Laporan lain ialah Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda di Kuala Lumpur membabitkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; Pengurusan Projek Pembangunan Kandungan Penyiaran Digital membabitkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Program Subsidi Benih Padi Sah membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Projek Pengalihan Operasi Kereta Api Tanah Melayu Berhad Dari Tanjong Pagar ke Woodlands, Singapura (Stesen) dan Kempas baru (Depoh), Johor Bahru membabitkan Kementerian Pengangkutan.

Laporan itu juga melibatkan Pembinaan dan Pengurusan Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur membabitkan Kementerian Pertahanan; Pengurusan Perolehan Perabot Bagi Cadangan Pembinaan Semula Kem Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam, Johor membabitkan Kementerian Dalam Negeri; Pengurusan Pengendalian Acara membabitkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; Pengurusan Program 1Azam membabitkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Yayasan Kebajikan Negara dan Pengurusan Perkhidmatan 1BestariNet membabitkan Kementerian Pendidikan.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata kesemua laporan PAC berkenaan sudah dimuktamadkan jawatankuasa itu yang bermesyuarat antara bulan Ogos, September dan Oktober tahun ini.

"PAC Parlimen komited untuk terus memastikan wang rakyat dibelanjakan secara berhemah dengan setiap projek kerajaan benar-benar memberikan nilai terbaik kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Katanya PAC juga mahu memastikan setiap projek kerajaan bebas daripada amalan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan serta pemborosan demi kepentingan rakyat secara keseluruhan selaras kedudukannya sebagai jawatankuasa di bawah Parlimen yang menjadi cabang penggubal undang-undang tertinggi negara.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas 2016 bakal berlangsung bermula 17 Oktober hingga 24 November depan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PAC , Dewan Rakyat

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan