Kemurungan Kanak-Kanak Bukan Luar Biasa

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 10:19 AM

Gambar hiasan carian Google.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Pada pagi itu, secara tiba-tiba anak lelakinya yang berusia lima tahun berhenti berbual dan mula merajuk.

"Apabila keadaan itu berlarutan selama beberapa hari, saya membawanya berjumpa doktor namuan beliau mencadangkan agar saya menghantar anak ke hospital," kata May Chan, 55.

Dia mengimbau kembali kejadian tersebut sambil memberitahu bahawa perkara itu berlaku tidak lama selepas suaminya meninggalkan keluarga.

Chan membawa anaknya ke klinik pesakit luar Hospital Universiti dan kemudian dirujuk ke unit psikiatri.

Beliau berkata mereka bernasib baik kerana unit psikiatri telah mula mencari kaedah untuk merawat kanak-kanak yang menghadapi masalah kesihatan mental.

"Mereka telah mula menggunakan terapi seni untuk kanak-kanak dan anak saya perlu melaluinya. Semua yang dia lukis dan warnakan menggunakan warna hitam," kata Chan.

Tambah Chan, anaknya turut terpaksa mengambil ubat sehingga berusia kira-kira 10 tahun.

Menurut Chan, keadaan anaknya bertambah baik apabila dia pergi ke sekolah menengah di mana beliau terdedah dengan rakan-rakan dan mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan.

"Ia adalah seperti satu permulaan yang baru untuknya. Dia menjadi agak popular di sekolah dan sibuk dengan pelbagai aktiviti," kata Chan, bekas eksekutif jualan.

Anaknya, 28, kini bekerja di luar negara.

Namun selepas mengharungi pelbagai pergolakan emosi, Chan sendiri terpaksa mendapatkan bantuan psikiatri.

Chan yang tinggal bersendirian berkata dia kini perlu mengambil ubat.

Kisah seperti Chan perlu dijadikan iktibar sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada Isnin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan 10 Oktober setiap tahun sebagai hari sambutannya.

Timbalan Presiden dan perunding psikiatri Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr Andrew Mohanraj Chandrasekaran berkata kemurungan, ketidakstabilan emosi dan kelemahan mental boleh bermula daripada zaman kanak-kanak seawal usia lima tahun.

Katanya kemurungan di zaman kanak-kanak bukan sesuatu yang luar biasa.

"Malangnya, banyak kes kemurungan anak gagal dikesan.

"Tanda-tandanya adalah mereka sering tidak ada mood serta cepat marah, membuli kanak-kanak lain, prestasi di sekolah merosot, suka ponteng sekolah dan kencing malam," kata Dr Andrew Mohanraj.

Tags / Kata Kunci: Kemurungan Kanak-Kanak , Psikiatri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan