'Guru Matematik' Cantik, Seksi Di Dunia Bercuti Di Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 10:03 PM

Oksana Neveselaya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mata pelajaran Matematik tiba-tiba menjadi subjek kegemaran rakyat Malaysia susulan ketibaan guru subjek itu yang dianggap paling cantik dan seksi di dunia ke negara ini.

Menurut laman Instagram milik Oksana Neveselaya, dia berada di Malaysia sejak 1 Oktober lalu, namun tarikh sebenar ketibaannya tidak diketahui.

Guru kelahiran Belarus itu popular sekelip mata selepas video dia mengajar subjek matematik menjadi viral sejak enam hari lalu.

Dia kini mempunyai 167,000 pengikut di Instagram dan hampir 7,000 pengikut di laman Facebook yang baharu dibukanya dua hari lalu.

Gambar Neveselaya berlatarbelakangkan Menara KLCC.

Namun masih belum jelas sama ada laman Facebook itu benar-benar dibuka oleh Neveselaya.

Beberapa keping gambar yang dikongsi di laman Instagram menunjukkan Nevelesaya sedang bercuti dan melancong ke Malaysia.

Gambar pertamanya diambil di Menara KL pada 1 Oktober lalu.

Malah dia turut berkunjung ke Langkawi, Batu Caves dan Genting Highlands.

Setiap gambarnya mendapat lebih 4,000 likes.



Tags / Kata Kunci: guru matematik , Belarus , Oksana Neveselaya

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan