Gempa Bumi Sederhana Landa Irian Jaya - Berita Semasa | mStar

Gempa Bumi Sederhana Landa Irian Jaya

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Irian Jaya, Indonesia pada 7.29 pagi Rabu.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa ialah 345 kilometer tenggara Sorong, di Filipina dan kira-kira 1,870 kilometer tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi , Irian Jaya
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan