Empat Dapur Asrama Sekolah Di Perak Diarah Tutup

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 11:55 PM

Dr Juita Ghazalie.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Empat dapur asrama sekolah di Perak diarah tutup kerana berada dalam keadaan yang memungkinkan berlaku keracunan makanan, kata Pengarah Kesihatan negeri Perak Datuk Dr Juita Ghazalie.

Beliau berkata arahan penutupan dibuat mengikut Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 semasa operasi bersepadu pemeriksaan dapur sekolah berasrama dan kantin sekolah selama tiga hari mulai Isnin lepas.

Katanya sebab utama arahan penutupan adalah kerana terdapat kesan-kesanurungan (najis) tikus dan lipas selain tidak mencapai tahap penilaian premis yang ditetapkan iaitu 70 peratus.

Menurut Dr Juita sepanjang tiga hari operasi, sebanyak 195 premis diperiksa terdiri daripada 89 dapur sekolah berasrama dan 106 kantin sekolah.

"Selain itu, 34 Notis Seksyen 32B dikeluarkan kepada pengusaha dapur sekolah berasrama dan kantin sekolah kerana melanggar Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya dalam kenyataan di sini malam Rabu.

Dr Juita berkata notis dikeluarkan kerana pemilik gagal memastikan premismereka berada dalam keadaan bersih selain pekerja tidak mendapatkan suntikan typhim. 

"Kesalahan lain termasuk pekerja tidak mempunyai latihan pengendali makanan di samping memakai pakaian tidak bersih semasa mengendalikan makanan," katanya. 

 Dr Juita berkata kompaun berjumlah RM34,000 ditawarkan kepada pengusaha terlibat dan pemilik boleh datang ke mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah seluruh negara dalam tempoh 30 hari.

Pengusaha yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mahkamah danjika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dr Juita berkata operasi sedemikian akan diteruskan secara berkala bagi memastikan semua dapur sekolah berasrama dan kantin sekolah berada pada tahap kebersihan yang memuaskan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: dapur asrama , keracunan makanan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan