MCA Sokong Cadangan Penubuhan NCC2

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 10:25 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA menyokong usaha untuk mencari perdamaian kebangsaan, kesederhanaan, keharmonian dan perpaduan dalam kepelbagaian.

Persiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu percaya sudah tiba masanya untuk rakyat bersatu menyuarakan pelbagai isu yang membelenggu negara ini.

"Kita perlu menangani perbezaan pendapat dari pelbagai pihak berkepentingan membabitkan semua kaum sama ada di bandar mahupun luar bandar," katanya dalam satu kenyatan pada Rabu.

Liow berkata MCA sebelum ini mencadangkan Perdamaian Kebangsaan untuk Tadbir Urus, Hal Ehwal Keagamaan dan Perpaduan.

MCA, katanya, tiada sebarang isu dengan cadangan untuk menubuhkan Majlis Perundingan Negara (NCC) atau NCC2 sambil menegaskan ia penting untuk perbincangan secara rasional dan bersederhana mengenai isu yang membelenggu negara.

Liow berkata demikian ketika mengulas mengenai sokongan untuk menubuhkan NCC2 yang dicadangkan tokoh perbankan terkemuka, Datuk Seri Nazir Razak.

"Ia sesuatu yang bernilai untuk dipertimbangkan.

"Format itu boleh dalam bentuk berbeza tetapi idea itu sendiri amat bagus. Biarlah ia menjadi satu inisiatif bersama oleh kerajaan dan sektor swasta.

"Untuk ia berjaya, semua pihak berkepentingan perlu diwakili termasuk kerajaan dan wakilnya," kata Liow.

Jelas Liow, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mungkin boleh memulakan usaha itu.

Beliau berkata, NCC ditubuhkan kali terakhir pada 1970 dan sudah tibanya untuk penubuhan NCC2 selepas tempoh hampir 46 tahun terutamanya ketika Malaysia bakal meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 pada 2017.

Tags / Kata Kunci: NCC2 , MCA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan