Subramaniam Pengerusi Mesyuarat JK Serantau WHO Di Manila

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 10:45 AM

Dr S. Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam akan mengendalikan sesi ke-67 Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Pasifik Barat di Manila mulai Isnin hingga 14 Oktober.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan mengambil perhatian bahawa Dr Subramaniam adalah pengerusi baharu perhimpunan itu.

"Ini adalah satu bentuk pengiktirafan daripada masyarakat antarabangsa tentang peribadinya sebagai seorang pemimpin pejuang dan pencapaiannya dalam membangunkan sistem kesihatan yang kukuh dan menyediakan penjagaan kesihatan yang baik kepada orang ramai," katanya.

Menteri itu, antara lain, akan menyeru komitmen negara-negara anggota bagi memajukan sistem kesihatan yang mampan dan berprestasi tinggi demi menentukan kesihatan rakyat.

Kenyataan itu berkata Dr Subramaniam akan juga menonjolkan peri mustahaknya menangani ancaman kesihatan semasa, khususnya denggi dan Zika. - BERNAMA 


Tags / Kata Kunci: Dr S. Subramaniam , WHO

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan