Rang Undang-Undang Sumber Air Dibentang Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 5:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang berkaitan sumber air akan dibentangkan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun hadapan bagi melindungi sumber air dan mengelak krisis bekalan air negara.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri berkata draf berkaitan rang undang-undang itu masih dalam perincian.

"Perkara ini adalah untuk masa depan air negara dan rang undang-undang itu bertujuan untuk menguruskan sumber air dengan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Tumbuhan Ubatan dan Beraroma ke-14 (MAPS14) di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini pada Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat, Datuk Ibrahim Ahmad.

Beliau berkata rang undang-undang seperti itu juga telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri di Semenanjung.

"Sehingga kini ia diterima baik. Ia akan menyusul pula di Sabah dan Sarawak," kata Hamim.

Beliau berkata sekiranya rang undang-undang itu diluluskan, ia akan menjadi garis panduan yang jelas dalam melindungi dan memulihara sumber air dengan lebih berkesan.

Pelaksanaan undang-undang itu sejajar dengan keadaan negara yang berhadapan dengan krisis bekalan air, katanya.

"Ia berkaitan dengan pengurusan air di mana kita berhadapan dengan situasi berlakunya aktiviti pemanasan global, air tercemar dan kekurangan bekalan air.

Perkara ini boleh dikawal selia melalui undang-undang ini," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sumber Air , Krisis Air

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan