Bekalan Air Di Loji Semantan Bebas Pencemaran Bau - JAS Pahang

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 4:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Air di loji sumber air mentah Semantan dari Sungai Semantan di Temerloh yang dipindahkan ke Loji Rawatan Air (LRA) Langat dan Cheras di Selangor bebas daripada sebarang pencemaran bau sejak Sabtu lalu sehingga Selasa.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Rosli Zul berkata berdasarkan kepada pengukuran kadar pencemaran bau yang dipanggil Unit Nombor Bau Nilai Ambang (TON) menunjukkan bacaan sifar sekali gus kualiti air pada masa dan hari berkenaan normal sehingga hari ini.

"Pihak kita mendapatkan data ini daripada operator di loji air Semantan, Mengikut SOP, operator ini perlu membuat pemantauan kualiti bau dan kena mengambil pengukuran pencemaran bau ini sejam sekali.

"JAS Pahang akan bertindak sekiranya laporan data yang direkodkan mereka ini mengesan ada pencemaran bau, tetapi sehingga ke hari ini, air di loji Semantan ini normal, bacaan Unit TON kosong (sifar)," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan ada sedikit pencemaran bau yang dicatatkan pada Jumaat lepas (7 Oktober), dan ia dikesan berlaku di loji itu pada 9.45 malam sedangkan di LRA Langat dan Cheras, pencemaran bau itu direkodkan berlaku lebih awal iaitu kira-kira 7 malam.

"Proses pemindahan air mentah dari loji Semantan ke dua loji rawatan air itu akan mengambil masa 12 jam dan berdasarkan rekod pemantauan dari 8 pagi sehingga 8 malam pada 7 Oktober, tidak berlaku sebarang pencemaran dan ia hanya dikesan berlaku pada pukul 9.45 malam," katanya.

Rosli berkata selepas pukul 11 malam hari yang sama bacaan Unit TON air mentah di loji Semantan itu sudah kembali normal dan tidak menunjukkan sebarang pencemaran bau.

Katanya hanya pada waktu Subuh pukul 5 pagi sehingga 8 pagi pada 8 Okt (Sabtu) pencemaran bau dikesan semula di Loji Semantan dengan bacaan direkodkan empat TON.

"Tetapi apabila kita tengok rekod pencemaran bau di kedua-dua dua loji rawatan tersebut mencatatkan bacaan sebanyak sembilan TON, lima TON lagi dari mana puncanya sedangkan bacaan air di Loji Semantan hanya empat TON.

"Kalaulah betul ia berpunca dari air mentah dari Sungai Semantan ini, mesti bacaan mereka juga menunjukkan empat TON, tidak boleh 'beranak' sampai jadi sembilan TON.

"Selepas pukul 9 pagi pada 8 Oktober hingga kini air mentah di loji Semantan ini sudah normal, tidak ada masalah (pencermaran bau)," katanya.

Rosli berkata sekiranya pencemaran bau itu dikatakan berpunca dari Pahang,  ia hanya tambahan kepada pencemaran sedia ada yang berkemungkinan disebabkan daripada kawasan setempat.

"Saya bukan hendak tuding jari kepada mana-mana pihak tetapi saya cakap berdasarkan bukti yang saya dapatkan daripada rekod operator terhadap pengukuran pencemaran bau ini," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: LRA , Loji Semantan , JAS Pahang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan