MRT: Penutupan Jalan Di LDP, Persiaran Bandar Utama

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 10:01 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laluan di Lebuhraya Damansara-Puchong (Lebuhraya LDP) dan Persiaran Bandar Utama akan ditutup dari 12 tengah malam hingga 6 pagi dari 13 Oktober sehingga 5 November bagi kerja-kerja pembinaan Stesen MRT Bandar Utama.

Penutupan jalan itu bagi melancarkan pergerakan kenderaan pembinaan, pemasangan jambatan penghubung dan kerja lain di stesen MRT itu.

MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, yang merupakan rakan kongsi projek itu, dalam kenyataan pada Selasa berkata, antara jalan yang terjejas selama 23 malam itu ialah satu lorong di depan Damansara Utama SS21 (arah Kepong, Persiaran Bandar Utama (kedua-dua hala) dari Dataran Bandar Utama ke susur keluar ke Lebuhraya LDP dan sepanjang Lebuhraya LDP dari persimpangan Sri Pentas ke persimpangan One Utama (New Wing).

"Sepanjang penutupan itu, pengguna jalan raya dari SS2 dan Jalan Damansara yang mahu ke Persiaran Bandar Utama perlu memandu 250m ke depan dan pusing ke kiri ke Persiaran Surian untuk akses ke kawasan Bandar Utama dengan membuat satu lagi pusingan ke kiri di Dataran Bandar Utama.

"Pengguna jalan raya dari Lebuhraya Sprint yang mahu ke Bandar Utama juga perlu terus memandu di Lebuhraya Sprint dan menghala ke One Utama dari jalan masuk selatan," menurut kenyataan itu. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan