Kemurungan Penyakit No.1 Di Dunia Menjelang 2020

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 10:04 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kemurungan kini menjadi penyakit No.2 di dunia.

"Ia mungkin menduduki ranking No.1 dunia menjelang 2020," kata Timbalan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr Andrew Mohanraj Chandrasekaran.

Beliau berkata ini bermakna kemurungan mengatasi penyakit kardiovaskular yang turut semakin meningkat di peringkat global.

Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati 29.9% daripada jumlah penduduk dewasa mempunyai beberapa jenis penyakit mental.

Pada 1996, ia hanya mencatatkan 10.7%.

"Dalam tempoh hanya 20 tahun ia meningkat hampir tiga kali ganda," kata Dr Andrew Mohanraj dalam satu temu bual sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada Isnin.

Kesihatan mental di kalangan kanak-kanak berusia lima dan 15 tahun, kaji selidik itu merekodkan 12.1% daripadanya menghadapi masalah.

Dr Andrew Mohanraj berkata ini termasuk kes seperti gangguan tingkah laku, gangguan defisit perhatian, gangguan hiperaktif selain kemurungan dan kebimbangan.

"Agak sukar untuk mengesan kemurungan di kalangan remaja kerana sebahagian daripada mereka boleh bertukar menjadi marah susulan perubahan hormon dan faktor tumbesaran," katanya.

Namun, beliau menyatakan rasa bimbang mengenai peningkatan kadar bunuh diri di kalangan generasi muda akibat kemurungan.

"Apabila orang muda membunuh diri, ia tidak bermaksud mereka mahu mati, mereka hanya mahu meninggalkan dunia kerana situasi mereka," katanya.

Pengerusi Befrienders Kuala Lumpur Mary Raj berkata terdapat 'peningkatan drastik' di kalangan orang muda yang menghubungi organisasi itu untuk mendapatkan bantuan.

"Generasi muda memilih untuk menghantar e-mel berbanding menghubungi kami. Kami mempunyai peningkatan yang ketara dari segi penerimaan e-mel daripada mereka," katanya.

Pada tahun lalu, organisasi itu menerima 18,445 panggilan dan 2,685 mesej melalui e-mel.

Daripada jumlah itu, 44% daripada pengirim e-mel berusia antara 30 tahun dan ke bawah manakala 47% tidak mendedahkan umur mereka.


Mereka yang menghubungi Befrienders kira-kira 24% mengalami gangguan mental manakala 17% berdepan masalah dalam perhubungan.


Tags / Kata Kunci: kemurungan , kesihatan mental , Befrienders

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan