Jangan Guna Telefon Bimbit Semasa Dicas - Suruhanjaya Tenaga

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 9:49 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Suruhanjaya Tenaga (ST) sekali lagi menasihati pengguna supaya tidak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas kerana ia mengundang bahaya termasuk berlakunya renjatan elektrik.

Pengarah Kawal Selia Keselamatan Elektrik suruhanjaya itu, Mohd Elmi Anas berkata, semasa telefon dicas, kebocoran arus elektrik akan berlaku sekiranya adanya kerosakan pada alat pengecas.

"Menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas, lebih-lebih lagi dengan alat pengecas tidak tulen, boleh membahayakan pengguna ekoran renjatan yang terhasil daripada kebocoran elektrik pengecas tersebut.    

"Selain itu, pengguna perlu memastikan mereka membeli alat pengecas tulen yang mempunyai label SIRIM-ST atau yang dibekalkan bersama telefon bimbit," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Bengkel Garis Panduan dan Teknik Mengenal Pasti Kabel dan Kelengkapan Elektrik Substandard di sini, Selasa.

Media sebelum ini melaporkan seorang suri rumah maut di kediamannnya di Cheras, Kuala Lumpur ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dengan alat pengecas tidak tulen akibat renjatan daripada kebocoran elektrik pengecas itu. 

Dalam perkembangan lain, Mohd Elmi berkata mengikut statistik ST, sebanyak 853 kes kemalangan elektrik disiasat dari 2002 sehingga 30 Sept lepas dengan 425 kes daripadanya melibatkan kes maut.  

Beliau berkata, punca utama berlakunya kemalangan elektrik adalah disebabkan pemasangan atau senggaraan yang tidak sempurna termasuk tidak melaksanakan senggaraan berjadual ke atas pepasangan elektrik. 

"Antara punca lain yang dikenal pasti adalah peranti perlindungan tidak dipasang pada sistem pendawaian, penebat kabel pecah serta kerosakan dibaiki oleh orang yang tidak berkemahiran atau kompeten," katanya. 

Menurutnya, aduan mengenai pendawaian tidak mengikut standard adalah yang paling banyak diterima suruhanjaya itu pada tahun lepas. 

Bengkel sehari anjuran suruhanjaya itu dengan kerjasama Malaysia Cable Manufacturers Association (MCMA) disertai 80 peserta. Ia bertujuan memberi panduan mengenai teknik mengenal pasti kabel substandard, pengecas dan adaptor telefon bimbit yang tidak diluluskan serta kaedah pemasangan dan selenggaraan pemanas air yang tidak selamat. - Bernama


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan