Gangguan Bekalan Air Sementara Di KL

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 10:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air sementara sejak Isnin ekoran kerja-kerja penggantian perkakasan rosak di kolam Ulu Pudu.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan medianya memaklumkan kawasan-kawasan yang terlibat adalah Taman Kencana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Indah Komersial, Taman Maju Jaya, Taman Pandan Perdana dan Taman Cheras Indah.

"Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan bagi mempercepatkan bekalan air ke kawasan-kawasan ini. Bekalan air bantuan akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan-kawasan terjejas.

"Gangguan bekalan air di kawasan-kawasan tersebut dijangka akan pulih sepenuhnya menjelang petang ini," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, pengguna dinasihat menggunakan air secara berhemat semasa tempoh pemulihan tersebut.

Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar 'mySYABAS' dan www.syabas.com.my. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Syabas , gangguan bekalan air , Kuala Lumpur

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan