Pakar Bom Malaysia Ditahan Di Filipina

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 6:12 PM

ANGGOTA tentera Filipina menunggu giliran untuk dikerah memerangi militan Abu Sayyaf di Sulu pada 31 Ogos 2016. - EPA

(Ubah saiz teks)

MANILA: Polis Filipina menggagalkan cubaan seorang pakar bom dari Malaysia untuk melancarkan serangan pengganas di ibu negara ini, baru-baru ini.

Pengganas tersebut, Mohammad Amin alias Aklam Amin, ditahan pada 4 pagi Sabtu lalu menerusi satu serbuan yang dilaksanakan secara bersama oleh Unit Jenayah Anti-Transnational (ATCU) dan Kumpulan Perisikan Polis Filipina di Quezon City.

Turut ditahan, Bilal Taalam, pemilik rumah yang didiami Amin dan Adnan Malangkis.

Lapan lagi penyewa rumah itu turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Polis Filipina meletakkan ganjaran sebanyak 600,000 peso (RM51,314) bagi penangkapan Amin yang dibawa ke sidang media oleh Pemangku Pengarah Kumpulan Siasatan Jenayah Polis (CIDG), Ketua Supritenden Roel Obusan.

CIDG percaya ketiga-tiga suspek yang ditahan iaitu Amin, Bilal dan Adnan mempunyai kaitan dengan militan Abu Sayyaf di Sulu.

Sebutir bom, beberapa butir peluru, pelbagai jenis kad pengenalan, pelan sebuah kondo di bandar terbabit dan sebuah telefon ditemukan dalam serbuan berkenaan.

Menerusi siasatan polis, Obusan berkata, Amin dipercayai mahu melancarkan serangan bom di Filipina.

"Berdasarkan pelan bangunan iaitu pusat membeli-belah di Quezon City yang dirampas, mereka turut membuat lakaran yang sama kawasan itu," katanya tanpa mendedahkan nama bangunan tersebut.



Tags / Kata Kunci: Filipina , Malaysia , Pengganas , Abu Sayyaf

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan