Siti Kassim Beri Keterangan Kepada Polis

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 11:17 PM

Siti Kassim.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peguam dan aktivis Siti Kassim memberikan keterangan kepada polis kerana menunjukkan jari tengah kepada penonton yang hadir pada forum mengenai Rang Undang-Undang Syariah PAS bulan lepas.

Beliau memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bersama empat peguam pada kira-kira pukul 8.30 malam Isnin bagi merekodkan keterangannya.

"Pihak polis sangat, sangat baik. Saya sukakan polis, mereka baik dengan saya. Mereka begitu memberi kerjasama dan juga sangat membantu.

"Saya amat menghargai polis yang bersikap profesional dengan kami," katanya sejurus keluar dari balai pada kira-kira pukul 10 malam.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan seseorang.

Siti berkata, beliau tidak berasa bersalah berhubung tindakannya itu.

"Bagi saya, ia merupakan satu tindak balas yang sesuai ketika itu. Ia berlaku disebabkan kekecewaan saya. Tindak balas itu secara spontan kerana kecewa dengan gangguan mereka," katanya.

Siti menunjukkan jari tengah kepada penonton yang mengejek tindakannya kerana membantah forum PAS bertajuk 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti Dan Persepsi" pada 5 September lalu.


Tags / Kata Kunci: Siti Kassim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan