Rempuhan Maut Tonto Perbuatan Melampau - KP Kastam

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 10:04 PM

Khazali Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, tindakan tonto merempuh kenderaan sehingga menyebabkan kematian pegawainya di Pasir Mas, Kelantan merupakan perbuatan melampaui batas.

Sambil mengutuk keras perbuatan itu, beliau berkata, serangan itu diibaratkan sebagai 'pukul curi' yang hanya dilakukan oleh pengecut.

"Bentuk serangan yang sanggup dilakukan sindiket tonto ini sukar dijangka, sekarang kita lihat mereka semakin berani melakukan apa saja untuk menghalang tugas penjawat awam," katanya kepada Bernama. 

Beliau mengulas insiden pegawai wanita jabatan itu yang meninggal dunia pada Sabtu, selepas koma apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh kenderaan tonto sehari sebelumnya di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas.

Kenderaan yang dinaiki mangsa, Anisah Ali, 54, bersama dua rakan setugas dilaporkan dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tonto ketika mengekori sebuah kenderaan yang disyaki membawa rokok seludup.

Ditanya kemungkinan terdapat 'orang dalam' yang membocorkan maklumat operasi itu, Khazali menolak andaian itu kerana ancaman daripada tonto bukannya kali pertama berlaku.

"Ancaman tonto bukan perkara baharu dan sebelum ini ada kes pegawai diserang tonto di Johor, cuma ia tidak menyebabkan kematian.

"Pegawai yang bertugas sedar akan risiko dan ancaman tonto, namun ia sukar dijangka," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan yang diguna pakai jabatan itu untuk menjalankan operasi sememangnya ada dan ia lengkap.

Operasi penguatkuasaan akan diadakan seperti biasa, katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan