PCM Buat Laporan SPRM Berhubung Rumah Kos Sederhana Rendah

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 8:48 PM

Huan Cheng Guan (dua, kanan) bersama anggota PCM menunjukkan dokumen berhubung isu rumah kos rendah sebelum menyerahkan kepada SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah, Isnin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Parti Cinta Malaysia (PCM) pada Isnin membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa siasatan dijalankan terhadap isu rumah kos sederhana rendah. 

Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan memfailkan laporan itu di ibu pejabat SPRM negeri di sini berhubung dakwaan kononnya beberapa unit apartmen projek perumahan kos sederhana telah disewa kepada warga asing.  

"Saya menerima rakaman suara melalui aplikasi 'WhatsApp' yang memaparkan dakwaan seorang penghuni di apartmen berkenaan bahawa aktiviti menyalahi undang-undang dilakukan oleh warga asing manakala beberapa lagi unit apartmen telah disewakan kepada warga Afrika dan juga wanita China. 

Beliau berkata, penghuni berasa tidak selesa dengan kehadiran warga asing yang didakwa menjalankan kegiatan haram seperti pelacuran.

Huan turut menyerahkan pemacu pena yang mengandungi beberapa dokumen bercetak seperti gambar kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi di apartmen tersebut kepada SPRM.

"Saya berharap SPRM akan mengkaji perkara ini dengan serius. Saya mengetengahkan perkara ini demi kepentingan awam.

"Ini bukan bermakna saya tidak mahu menyerahkan bukti kepada kerajaan negeri, tetapi daripada apa yang saya telah lihat sebelum ini, mereka hanya memberi alasan serta menuding jari kepada orang lain," katanya Khamis lalu, Huan pada sidang akhbar berkata beliau menerima pelbagai aduan mengenai projek perumahan kos sederhana rendah di Jalan Bukit Gambir dengan pemiliknya didapati cuba menyewakan unit mereka.

Pada Ahad, Umno Pulau Pinang juga menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP untuk mengkaji semula prosedur dan pemilihan pembeli bagi rumah-rumah yang dibina kerajaan. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan