Tiada Diskaun Saman Pada 15 November - Trafik Bukit Aman

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan pihaknya memberi diskaun kepada orang ramai sekiranya membayar saman pada 15 November ini.

JSPT Bukit Aman dalam kenyataan berkata, terdapat individu tidak bertanggungjawab menyebarkan rakaman suara di aplikasi WhatsApp menggesa orang ramai membuat pembayaran pada hari itu bagi menikmati pengurangan harga.

"Pihak JSPT menafikan kesahihan maklumat ini, masyarakat diminta agar tidak terpengaruh dengan sebarang mesej viral yang tidak diketahui kesahihannya," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, orang ramai diingatkan supaya membuat rujukan di Portal Rasmi PDRM (Bahagian Info Trafik) sebelum membuat sebarang penyebaran maklumat.

Rakaman suara yang viral di aplikasi WhatsApp itu menasihatkan orang ramai membayar tunggakan saman pada 15 November dan mendakwa maklumat tersebut, telah diterima daripada seorang sumber yang tidak dinamakan daripada Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.

Tags / Kata Kunci: Polis Trafik , PDRM , Bukit Aman

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan