Hashim Jasin Dilantik Mursyidul Am Pas Baharu

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 11:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hashim Jasin dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Allahyarham Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pelantikan baharu itu dibuat menerusi satu mesyuarat yang sebulat suara memilih dan melantik Hashim dan Datuk Ahmad Yakob dipersetujui kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas.

Menurutnya, faktor yang Ahmad dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am, walaupun beliau layak untuk memegang jawatan itu disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan.

Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, Ahmad sendiri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am Pas.

"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," katanya dipetik Harakahdaily.

Tags / Kata Kunci: Hashim Jasin , Mursyidul Am Pas

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan