Pertingkat Usaha Dekati Rakyat - Najib

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 12:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Gerakan meningkatkan usaha gigih dan bekerja lebih kuat bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) terus meraih sokongan rakyat.

"Kita mestilah mendekati rakyat, sentiasa memberi perkhidmatan yang efektif dan memastikan organisasi kita mempunyai gerak kerja yang mantap lagi tersusun serta teratur," katanya.

Najib berkata demikian dalam satu mesej menerusi rakaman video yang ditayangkan pada persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan ke-45 di sini, Ahad.

Video berdurasi dua minit itu mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan yang hadir.

Najib yakin Gerakan dapat memperbaiki prestasi pada pilihan raya umum akan datang berbekalkan tanggungjawab kepada rakyat yang dilaksana dengan baik di bawah kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Mah Siew Keong.

"Saya juga pernah menyarankan dan sekali lagi menekankan kepada semua anggota Gerakan agar mereka mempunyai 'courage of your convictions'.

"Semoga menerusi kesepakatan dan kerjasama yang baik serta ikhlas, saya percaya BN akan terus berjaya dalam memimpin Malaysia ke arah kejayaan yang lebih gemilang dan membanggakan," katanya.

Najib turut menekankan pentingnya parti-parti komponen BN menyangkal tohmahan pembangkang yang sering memutar belit isu semasa dan memburukkan nama baik Malaysia.

Persidangan dua hari bermula semalam dengan tema 'Bersatu Demi Kemajuan dan Kemakmuran' itu berlangsung dihadiri lebih 1,200 perwakilan dari seluruh negara.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Gerakan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan