DAP 'Jual Harapan Palsu' Di Pulau Pinang - Mah

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mah Siew Keong menyelar DAP yang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang kerana gagal menangani kebimbangan rakyat terhadap pencemaran alam sekitar dan pembersihan cerun bukit di negeri berkenaan.

Presiden Gerakan itu kemudiannya menuduh Pakatan Harapan "menjual harapan palsu" kepada rakyat Pulau Pinang.

"Ia bermula dengan masalah kerosakan bukit. Saya mempunyai semua keratan akhbar yang menunjukkan bahawa bukit di Pulau Pinang digondolkan. Ini adalah masalahnya," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-45 di Menara PGRM pada ahad.

Presiden Gerakan itu turut menegur kerajaan negeri Pulau Pinang kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani kenaikan kos perumahan di negeri itu.

"Ramai rakyat Pulau Pinang mengadu bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membeli sebuah rumah. Ketua Menteri Lim Guan Eng mungkin mendapat diskaun.

"Tetapi jika beliau benar-benar meletakkan rakyat dihatinya, beliau tidak boleh mendapatkan diskaun itu tetapi perlu mencari cara supaya rakyat untuk mendapat diskaun," katanya.

Tags / Kata Kunci: DAP , Gerakan , Mah Siew Keong

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan