TETP Fokus Lima Objektif Bangunkan Ekonomi Terengganu

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 10:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Program Transformasi Ekonomi Terengganu (TETP) menumpukan kepada lima objektif untuk membangunkan ekonomi negeri menjelang 2020, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata lima objektif yang perlu dicapai dalam tempoh lima tahun itu bukan sahaja akan merealisasikan tiga indikator TETP tetapi mampu mewujudkan sebanyak 41,201 peluang pekerjaan di negeri ini.

Katanya tiga indikator itu ialah meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada RM26.5 bilion kepada RM41.5 bilion, meningkatkan pertumbuhan KDNK daripada 4.4 peratus kepada 8 peratus dan meningkatkan pendapatan purata isi rumah daripada RM4,816 kepada RM8,000 sebulan.

"TETP menyenaraikan lima objektif pencapaian iaitu meningkatkan kadar pertumbuhan KDNK negeri agar berkembang pada kadar 3.6 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2010-2015) dan ia dijangka tumbuh pada kadar 4.2 peratus dalam RMK-11 (2016-2020)," katanya dalam ucapan semasa merasmikan Gallery Walk di Wisma Darul Iman di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail. Ahmad Razif berkata objektif kedua ialah memperkasakan agenda Bumiputera manakala objektif ketiga, merapatkan jurang pembangunan mengikut wilayah.

Selain itu, katanya meningkatkan pendapatan isi rumah berikutan pada 2014, Terengganu hanya mencatat sebanyak RM4,816 sebulan berbanding RM6,141 diperingkat Persekutuan.

"Sebanyak 73 peratus isi rumah di Terengganu adalah penerima Baucar Rakyat1Malaysia (BR1M) dan ini bermakna mereka mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

"Objektif kelima ialah meningkatkan pelaburan sektor swasta dalam memacu pembangunan negeri," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: TETP , Ahmad Razif Abdul Rahman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan