Peminat Terkedu, Gembira Dapat Main Badminton Bersama Chong Wei

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 12:38 PM

Nadzirah dan Ayu teruja dapat bermain badminton bersama jaguh negara, Lee Chong Wei pada sambutan Hari Sukan Negara 2016, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: "Saya terkedu dan pada masa sama gembira", demikian kata, Nadzirah Suali, salah seorang peserta Hari Sukan Negara (HSN) 2016 yang berpeluang bermain badminton bersama jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Nadzirah yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam berkata, dia tidak menjangka dapat bertentang mata dengan idolanya sejak kecil itu.

"Saya tak sangka jadi peserta pertama yang bermain badminton dengan Chong Wei. Dia ketawa melihat saya kerana saya begitu teruja.

"Sebaik saya dipilih untuk bermain dengannya, saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya gembira kerana dapat bertemu dengannya," kata pelajar berusia 24 tahun yang sempat beraksi lima minit bersama pemain No.1 dunia itu.

Seorang lagi peserta, Ayu Jonathan Seribu, 23, turut gembira kerana impian untuk bertemu Chong Wei akhirnya menjadi kenyataan.

"Memandangkan saya dari Sarawak, saya memang impikan untuk bertemu dengan Chong Wei tapi tak sangka dapat peluang hari ini. Impian saya sudah tercapai," katanya sambil melompat kegembiraan.

Ditanya mengenai perasaannya, Ayu berkata, pada awalnya dia berasa gemuruh tetapi teruja kerana terpilih beraksi dengan Chong Wei.

"Saya amat meminati Chong Wei kerana dia pemain yang hebat dan kacak," kata gadis dari Sri Aman, Sarawak itu.

Nadzirah dan Ayu antara peserta dari UiTM Puncak Alam yang mendaftar sebagai sukarelawan untuk acara pecah papan taekwando sempena majlis perasmian HSN 2016 di Dataran Wawasan, Presint 2 di sini, pagi Sabtu.

Gelanggang badminton sementara yang dibina di sini antara yang menjadi tumpuan peserta yang hadir pada HSN 2016.

Semua wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik negara turut berada di gelanggang tersebut menonton 'perlawanan' Chong Wei dan pemain badminton negara yang lain bersama beberapa peserta terpilih.



Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Hari Sukan Negara , badminton

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan