'Lompat' Parti: Pembangkang Sasar Kuasai Perak, Terengganu - Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 1:11 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pembangkang menyasarkan untuk mengambil alih kerajaan  Perak dan Terengganu melalui tindakan 'lompat' parti wakil rakyat negeri itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata, negeri berkenaan hanya memerlukan dua wakil rakyat bertukar parti.

"Kita tidak perlu tunggu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk menang," katanya ketika bercakap mengenai Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh yang kini menyertai PPPB.

Susulan itu, Barisan Nasional (BN) Johor kehilangan dua pertiga majoriti dalam pentadbiran negeri itu.

Dr Shahruddin antara kenamaan yang bersama Dr Mahathir pada majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang itu.

Dr Mahathir menambah, pembangkang akan bekerjasama untuk memastikan adanya saingan satu lawan satu dengan calon BN, bukannya pelbagai penjuru pada PRU-14 nanti.

Dr Shahruddin ketika ditemui berkata, beliau meninggalkan Umno dengan berat hati, tetapi melakukan untuk kepentingan negara.

"Saya akan terus menjalankan tugas kepada pendududk di kawasan," katanya.

Ditanya sama ada lebih ramai wakil rakyat BN akan 'lompat' parti, beliau bagaimanapun menganggap ia tidak akan berlaku.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , Adun Jorak , PPBM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan